“Ramai Terdesak Mahu Keluarkan KWSP RM10k”- Sekali Ini Resp0n Pegawai KWSP Buat Ramai Beng4ng
Buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.
Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.
“Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 selain mengumumkan dividen, di sini, hari ini.
Amir Hamzah berkata, data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.
“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).
“KWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum.
“Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” katanya.
Terdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19.
Katanya, ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.
“i-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion untuk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.
“Jumlah keseluruhan pengeluaran untuk ketiga-tiga skim dianggarkan RM110 bilion,” katanya.

Berdasarkan rekod, katanya, seramai 7.3 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu atau semua skim berkenaan.
Menurutnya, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.
“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.
“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai.
“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.
Beliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.
Semalam, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.
Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.
Mandat utama KWSP adalah untuk persaraan ahli
Pelaksanaan inisiatif i-Citra adalah keputusan yang sukar kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi mandat untuk membantu ahli menguruskan wang persaraan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bagaimanapun keputusan berkenaan perlu dibuat memandangkan negara sedang berdepan keadaan sukar akibat pandemik Cvid-19.
“Kami faham yang pandemik Cvid-19 mendatangkan dugaan luar biasa, dan kami cuba mencari jalan untuk memberi ruang buat ahli untuk mengakses dana simpanan mereka,” katanya pada sesi perbincangan ‘MIDF Conversations’ secara maya, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani.
Menurutnya, walaupun dengan pelaksanaan inisiatif i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini yang membabitkan pengeluaran sebanyak RM80 bilion, ia tidak menjejaskan kecairan KWSP.
“Kita boleh uruskan sekiranya ia mengikut apa yang dirancang dan kami boleh melihat portfolio. Kami juga boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan.
“Yang paling utama adalah kami tidak kehilangan mandat kerana pada akhirnya kita perlu ingat bahawa kami perlu mengambil kira isu persaraan negara.
“Jika kita biarkan dana simpanan ahli digunakan sampai habis, maka akan menjadi masalah yang tidak boleh diuruskan,” katanya.

Amir berkata, pihaknya berusaha untuk mencari keseimbangan di antara membantu anggota dan pada masa sama memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan.
“Kerana itu pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan di dalam Akaun 2 terlebih dahulu sebelum beralih ke Akaun 1 jika tidak mencukupi,” katanya.
Dalam kenyataan sebelum ini, KWSP berkata, ahli boleh mula memohon kemudahan itu menerusi portal i-Citra di icitra.kwsp.gov.my dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
I-Citra di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), membolehkan semua ahli di bawah 55 tahun layak untuk memohon dan membolehkan mereka mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000.
Sumber: Metro
