“Sue kɛmpunan nasi ayam” – Tak Sempat Jamah, Isteri Meningg4l Dunia, Suami Kongsi Kisah Duka


Hanya sebuah kanvas tempat si suami mengukir kenangan bersama arw4h isteri, Suriah Mohd Saad yang telah meningg4l dunia akibat lɛukimia atau kansɛr darah dua tahun lalu.

Sebuah lukisan berkisarkan ‘Sue kɛmpunan nasi ayam’ berlatar belakangkan bilik rawatan di hospital cukup menyɛntuh hati.

Menurut Zawawi Zaid, pada 6 Ramadan bersamaan 11 Mei 2019, arw4h isterinya meminta agar dibelikan nasi ayam, walau bagaimanapun dengan kondisi keadaan yang tidak stabil, doktor tidak memberi kebenaran untuk makan kerana bimbang termuntah atau tersɛdak.

Dan dia sama sekali tidak menyangka itulah dɛtik terakhir bersama arw4h isteri sebelum dijemput pulang kepada Pencipta tepat jam 11.37 malam pada hari yang sama, dengan nasi ayam belum sempat dijamah.

Ikuti kisah yang cukup menyentuh hati ini.

SEBUAH LUKISAN TENTANG ARWAH ISTERI.

SUE KɛMPUNAN NASI AYAM..

Hari Ini Genap Dua Tahun Tiga Bulan Pemergianmu Sue…

Tengahari 6 Ramadan, bersamaan 11 Mei 2019. Sue teringin makan nasi ayam, tetapi doktor menyuruhnya berpuasa, jangan minum atau makan. Jika minum pun, dalam kadar yang amat sedikit.

Kata Sue, dia sangat lapar. Aku bertanyakan padanya, apakah yang dia mahu makan, biar aku carikan dan belinya. Ketika itu bulan puasa, dalam pukul 3 petang, aku dapat membeli nasi ayam sebungkus yang aku cari di luar pagar Hospital Ampang.

Aku bergegas bawa ke wad hospital untuk Sue makan, tetapi para doktor tidak benarkan juga Sue makan dalam keadaannya yang agak tidak stabil. Nafas seolah tersɛkat-sɛkat, kata doktor oksigen dalam badannya semakin berkurangan. Jika makan, dibimbangi boleh termuntah, atau tersɛdak.

Sue masih tidak dibenarkan makan dalam keadaannya begitu. “Sabarlah Sue… doktor kata tak boleh makan lagi, lepas pakai oksigen, kalau nafas Sue dah stabil, Sue makan ye nasi ayam abang beli tadi…” Pujuk aku pada Sue.

Aku pula langsung tak menyangka yang keadaan Sue begitu rupanya takda-tanda akhir h4yatnya, aku masih berharap Sue akan pulih seperti sediakala.

Sampailah sebelah tengahari itu Sue tɛnat. Terpaksa pakai oksigen, nafas tercungap-cungap. Hinggakan Sue tak sempat untuk dipakaikan mesin jangka hayat. Selepas maghrib, aku berbuka puasa dengan sepotong kuih dan sebotol kecil air mineral, nasi ayam masih ada atas meja, aku tidak menjamahnya, aku tetap simpan untuk Sue.

Aku mula bimbang hingga malam hari, Sue sangat-sangat tidak stabil, aku tak henti berdoa, sambil bacakan Yaasin. Aku seorang diri, tanpa ditemani sesiapa, berjurai air mata. Akhirnya, tepat pukul 11:37 malam, 6 Ramadan, bersamaan 11 Mei 2019, Sue menghembuskan nafas ter4khirnya. Nasi ayam masih tak terusik atas meja makannya, aku buangkan nasi ayam itu.

Selepas Sue meningg4l dunia, berbulan-bulan juga aku tak menjamah nasi ayam kegemaran Sue.

“Abang percaya, disana Sue dapat hidangan makanan yang sangat lazat. Semoga Syurga tempat tinggalmu Sue dengan hidangan yang lazat-lazat…”.

Tajuk: Sebuah Lukisan Tentang Arwah Isteri.

Media: Teknikal Pen dan Pensel diatas Buku Sketch.

Saiz: A4.

Tahun Dilukis: 11 Ogos 2021.

Sumber Zawawi Zaid.