Selamat Pµlang Ke Negeri Abadi Zaharah Nawawi, Tokoh Sasterawan Negara Meningg4l Dunia
Saya masih mengingati, pada sekitar tahun 1991 – 1992, semasa belajar di UKM, saya meminjam novel dari seorang senior. Judulnya Panglima Salleh, Selempang Merah. Penulisnya, Zaharah Nawawi.
Saya pinjam novel itu pada lewat petang dan terus baca. Akibatnya, saya tidak boleh berhenti membaca hingga lewat malam, sampai mata dan kepala jadi s4kit. Akhirnya, pukul 2:00 pagi, saya terpaksa tutup lampu dan paksa diri supaya tidur. Bangun pagi esoknya saya sambung lagi baca sampai habis.
Dari situ saya kenal nama Zaharah Nawawi, kehebatan tulisannya, sejarah Panglima Salleh, Selempang Merah dan Dato’ Onn Jaafar.
1998 : Mingguan Malaysia menyiarkan sebuah cerpen berjudul Pemain Catur. Saya baca cerpen itu sampai habis kerana penulisnya ialah Zaharah Nawawi. Saya menyimpulkan cerpen itu tentang pergɛlutan politik antara Dr. Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim. Sesuai sangat cerpen itu dengan diri saya yang sedang mar4h.
2006 : Saya menghubungi Zaharah Nawawi untuk menjemput beliau menjadi tetamu istimewa sambutan ulang tahun ke-65 majalah ini, di hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi Ketua Redaksi Mastika (1975-1976), malah ia merupakan jawatan terakhirnya semasa berkhidmat dengan Utusan. Bagaimanapun…
“Maaf Zul, Kak Zaharah tak dapat hadir. Kak s4kit kaki,” jawab Zaharah, lalu menerangkan kepada saya kesakitan yang dialaminya sejak beberapa lama.
1 Jun 2006, majlis berlangsung meriah, tetapi tanpa kehadiran Zaharah.
31 Mei 2022 : Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa’fuanha. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Mendapat berita bahawa Zaharah Nawawi, penulis terkenal yang juga bekas Ketua Redaksi majalah Mastika meningg4l dunia akibat k4nser kulit.
Allahyarham Zaharah, 82 tahun yang berasal dari Kampung Parit Jawa, Batu Pahat, Johor mula menulis sejak berusia 12 tahun dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dunia penulisan di peringkat negara dan antarabangsa termasuk Hadiah Karyawan Sastera Johor dan Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim pada 1999. Selain di Utusan Melayu, beliau pernah dilantik sebagai Karyawan Tamu DBP pada 1997 hingga 1998.
Antara novel dihasilkannya ialah Sebelum Berhujungnya Musim Bunga, Bulan dan Mentari, Jalur Sinar Di Celah Daun dan Hujan Sudah Teduh.
Terima kasih Selempang Merah dan Pemain Catur. Terima kasih atas segala jasa kepada Utusan dan Mastika. Semoga roh Allahyarham Kak Zaharah Nawawi berbahagia di sana bersama para mukminin dan solehin yang dikasihi-Nya. Aamiin.
NOTA KAKI : Zaharah Nawawi yang juga merupakan sasterawan negara meningg4l dunia pada usia 82 tahun di Hospital KPJ Rawang, Selangor semalam pada pukul 7.55 pagi kerana penyakit bar4h. Pemɛrgian novelis tersohor ini dikongsi oleh anak saudara beliau di hantaran Facɛbook. Jɛnazahnya dikɛbumikan di Tanah Perkµburan Islam USJ 22, Subang Jaya.
Beliau pernah berkhidmat di Utusan Melayu dan pernah menjadi Anggota Sidang Pengarang majalah Wanita dan Ketua Redaksi Mastika.
Menerusi novel ‘Anugerah’, beliau juga pernah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) di Bangkok Thailand pada 1996, selain menerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada 1999.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh, al-Fatihah.
Sumber Semasa.




