Kucupan terakhir, ” Perginya Harish & Haziq lepas pulang solat jumaat ”
Saya kehilangan syurga yang tiada galang ganti, mereka anak paling memahami, Itu antara luahan Nursyakila Hasan, 35, ibu kepada dua kanak-kanak yang m4ut dalam insiden renj4tan elektrik di Kampung Teras Jernang, Sungai Merab di sini kelmarin.
Dalam insiden pukul 4.55 petang itu, Adam Harish Zamri, 11, dan Adam Haziq Zamri, 10, m4ut di tempat kejadian selepas terkena renj4tan elektrik ketika mandi di luar rumah mereka selepas pulang dari solat Jumaat.

Dalam insiden pukul 4.55 petang itu, Adam Harish Zamri, 11, dan Adam Haziq Zamri, 10, m4ut di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi di luar rumah mereka selepas pulang dari solat Jumaat.
Menurut ibunya, kedua-dua anaknya menunjukkan tingkah laku berbeza sebelum kejadian sungguh tak sangka mereka berdua akan pergi dengan cara begini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua mangsa masing-masing berumur 10 dan sembilan tahun itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik.
Katanya, bapa m4ngsa yang merupakan pengusaha kedai makan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa setelah kembali ke rumah daripada membeli barang manakala ibu mangsa berada di dalam rumah.

Menurut bapa m4ngsa, anaknya men1nggal dunia berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir dari sebatang besi penyidai baju.
Pihak Tenaga Nasional berhad (TNB) mengesahkan berlaku geseran dari wayar tepi rumah terus ke zink, menyebabkan wayar tersebut ‘luka’ dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju itu, katanya dalam kenyataan.

Wan Kamarul Azran berkata hasil siasatan turut mendapati kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi.
Menurut beliau, keadaan rumah tersebut juga agak berselerak dan tidak bersusun dengan besi terpakai kerana sebelum ini, bapa mangsa mempunyai bengkel kereta yang telah ditutup menyebabkan barang-barang yang terpakai dibawa balik ke rumah.

M4yat kedua-dua m4ngsa akan dibedah siasat selepas ujian saringan C19 di Hospital Serdang dan dikebumikan diTanah Perkuburan Teras Jernang.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan barangan elektrik dan pendawaian elektrik yang bocor di kawasan rumah.Al fatihah.
